Jumaat, 20 Mac 2009

Bila Manusia Hilang Rasa Malu

BEZA KITA MANUSIA DENGAN BINATANG NI ANTARANYA IALAH SIFAT MALU.YEE….SIFAT MALU INI IA MEMBUATKAN KITA HIDUP PERLU BERTAMADUN.KALAU SIFAT MALU INI SODAH HILANG DALAM JATI DIRI KITA, BURUK BENMOR JADINYA.KALAU KORANG NAK TAU SEKARANG INI SIFAT MALU INI SUDAH LAMA HILANG DALAM DIRI KITA. TAK PERCAYA……BACA AJE ARTIKEL KAT BAWAH NIE….




SI BOS…
Ø BAYAR GAJI MURAH TAPI SURUH BUAT MACAM-MACAM. ITU LE INILE. GAJI PLAK TAK PERNAHNYA ON TIME. MEMANJANGKAN LAMBAT.PEKERJA COMPANY LAIN ELOK JE KEBAJIKANNYA, AWAK PUNYE LINTANG PUKANG TAPI MENUNTUT KOMITMEN YANG TINGGI DARI STAF.

SI PEKERJA…
Ø DATANG LAMBAT KERJA TAPI BALIK AWAL. KERJA TAK PERNAH SIAP. PENDEK KATA PRESTASI KERJA MEMANG TERUK GILA TAPI TIAP-TIAP TAHUN MINTAK NAIK GAJI DENGAN BOS. BOS TAK NAIKAN GAJI, MARAH, KATA TAK ADA HATI PERUT, MAJIKAN TAK BERGUNA. MUKA TAK TAHU MALU, SEDAR LA AWAK TU BAGUS SANGAT KE KERJA TU.

SI JIRAN…
Ø SUKA MENYIBUK HAL RUMAH JIRAN. KALAU BOLEH NAK PASANG PERAKAM SUARA KAT RUMAH SEBELAH SUPAYA BOLEA DENGAR HAL DALAM KAIN ORANG. AMBIK TAU SIKIT-SIKIT SUDAHLAH…LEBIH-LEBIH APAHAL..MALULAH SIKIT.

PASANGAN BERCINTA…
Ø DAH TAK PEDULIKAN ORANG LAIN. DUNIA INI WACAM DIA AJE YAMG TINGGAL. BERPELUK SANA, BERCIUM SINI TENGAH-TENGAH ORANG RAMAI. GITU LE KALAU DAH TAK TAU MALU. AGAKNYA KALAU BOLEH NAK BERASMARA KAT SITU JUGAK.

SI SUAMI…
Ø TAK SEDAR DIRI NAK TAMBAH BINI LAGI SATU WALHAL YANG ADA PUN TAK TERJAGA. ABAIKAN MAKAN MINUM. HAL ANAK-ANAK LANGSUNG TAK AMBIK KISAH, PANDAI-PANDAILAH SENDIRI NAK HIDUP.

SI ISTERI…
Ø MUKA TAK MALU, DAH TAU BINI ORANG MASIH LAGI NAK TERGEDIK-GEDIK DENGAN LELAKI LAIN. SUKA MENGGATAL KELUAR SANA, KELUAR SINI. KALAU TAK NAK MALU DENGAN TUHAN, MALULAH DENGAN JIRAN CUKUPLAH.

SI ANAK…
Ø BERLAGAK MACAM ORANG KAYA. PAKAI BARANG NAK BRANDED AJE. MERAJUK KALAU BELI YANG LOCAL, DIA TAK SEDAR BETAPA PAYAHNYA NAK DAPAT DUIT.

Selasa, 3 Mac 2009

dulu.........kini.........& selamanye.........


salam sejahtera buat pembaca yang sudi baca...heheeee
apa kaba?...masih ingat saya lagi?...xingat...memang sah dah xlama nak...tuttttttt

ok...mari baca kisah terbaru ini.............................
kisah kali ini adalah mengenai..........bola sepak

Bola sepak merupakan sukan nombor satu di planet yang dikenali sebagai bumi...Permainan ini telah wujud telah lama..kira2 zaman pra sejarah r. Sukan bola sepak ini begitu popular di bumi sehingga kan golongan kanak-kanak pun tau akan mengenai bola. Sebenarnye..di ruang perjumpaan kita kali ini, saya xingin ulas tentang sejarah bola sepak dunia tetapi ingin menceritakan tentang perkembangan bila sepak tanahair yang semakin lama semakin merosot sehingga terjerumus ke rangking FIFA yang jauh ketinggalan berbanding dengan negara jiran seperti Singapura mahupun Thailand.

Firstly saya nak tanya kepada para pembaca yang budiman(terutama yang minat bola)....siapakah yang harus dipersalahkan jika sesebuah pasukan itu kalah?


Kita tengok senario perkembangan bola sepak tanahair....pada masa dahulu, kita merupakan sebuah pasukan yang cukup degerui dan dihormati di rantau asia. Kalau sume nak tau, dulu..Jepun & Korea pun terkencing kalau lawan kita..dan ada tercatit dalam sejarah bola sepak negara apabila skuad negara yang diketui oleh arwahyarham Mokhtar Dahari...berjaya mengikat pasukan England B...inilah satu2nya kejayaan terhebat bola sepak negara selain mara ke Suakan Olimpik sebanyak 2 kali.......

Tapi, sume itu dulu..orang dah xnak tengok ke belakang lagi. Kite tgk bagaimana..pelbagai rentetan kekalahan yang menimpa skuad negara..bermula dengan Pesta Bola Merdeka, Sukan Sea dan terbaru kelayakan Sukan Asia. Nak kata kita xhebat...sedikit masa lalu, China kita blh ikat dengan jaringan 1-1 masa main di Beijing. So..apa masalah bola sepak negara?..cuba kite sume fikir..kemudahan stadium kite bertaraf olimpik, kelangkapan pon standart,,..pe lagi yang menjadi masalah.....

Ok..lets go straight to the point.......
bagi saya..faktor yang membawa kepada kegagalan pasukan bola sepak negara adalah sikap pemain itu sendiri....kalau kalah...bukan salah pengurusan..bukan salah peminat..atau salah jurulatih....ok..kita tengok je r dalam liga tempatan..pemain2 bermain mati-matian..sanggup lakukan apa saje demi mencapai kemenangan..tapi sikap & semangat sebegini tidak ada pada mereka apabila mewakili negara.apa puncanya...lu piki r sendiri..

Anda masa ingat x semasa Sukan Sea 2003 di Vietnam x silap...satu ketika kita ketinggalan 1-3 pada tuan rumah..tapi dengan semangat yang jitu..kita berjaya bangkit untuk mengikat kedudukan menjadi 3-3...walaupun kite kalah gak perlawanan itu dengan 3-4..namun...kita harus memuji semangat pemain negara pada masa itu..langsung tidak mengenal erti kekalahan..berjuang sehingga titisan peluh terakhir..Tapi..mana semangat itu sekarang....hilang ditelan dek arus teknologikah?atau hilang dipadam tsunami?
Persoalan yang saya ingin saya kongsikan bersama para pembaca adalah...mana perginya pemain2 terulung kita dahulu seperti yap wai loon, azrul amri burhan, rusdi suparman...dan lain2...mana mereka semua..harus diingat..mereka lah antara tonggak utama negara semasa era pertengahan dan hujung 90-an yang lalu...kenapa kita tidak gunakan mereka bagi membangunkan sukan negara?mengapa perlu menghabiskan duit untuk membayar kepada jurulatih asing?fikir-fikirkan lah...ini secara tidak langsung akan dapat memberikan sedikit imbuhan kepada pemain2 yang telah bersara...

Cukup setakat itu..sekarang mai kite tengak keadaan liga negara...nk tanya..semasa ruangan ini dikarang....pasukan mana yang sedang mendominasi bola sepak negara?.........selangor?pahang?kedah?perak?kuala lumpur?

semua salah..jawapannya kelate..bukan nk nk banggakan negeri sendiri tapi itulah realitinya dan kita harus terima....kejayaan kelate setakat ini bukan kerna pemain itu mempunyai nama yang gah tetapi..sumenya kerana semangat..semangat pemain2 kelate yang berjuang habis2an..ini sume kerana tidak mahu menghampakan peminat pasukan kelate..tengok sajalah di mana sahaja kelate beraksi..pasti & konfidennya stadium akan dipenuhi dengan warna jersi kelate(merah).....sampaikan pemain beraksi mearsakan beraksi di stadium muhammad ke 4...ini akan menjadi suntikan moral yang jitu kepada para pemain...

walaupon dikatakan penyokong ganas..tidak bertamadun..tidak sopan oleh ramai pihak..namun...kita harus memberikan tabik hormat kepada penyokong kelate kerna menjadi penyokong & rakyat yang paling sporing & cinta kan negeri..jikalau sume negeri & pasukan mempunyai rakyat dan penyokong seperti kelate..saya yakin dan konfidem yang mutu permainan bolas sepak tanahair akan meningkat dengan mendadak walaupun tanpa pemain import...

jesteru itulah..saya di sini menyarankan agar semua peminat bola sepak negara turun lah ke stadium beramai2 bagi menyemarkkan pemain pasukan anda
dan janganlah sekadar pandai memaki & mengutuk bola sepak negara..kerna jika kite selaku warganegara malaysia tidak menyokong bola sepak negara..sape lagi..orang2 yang duk kat mancester, chealsea, liverpool, bacelona xkan dan xkan terjadi menyokong bola sepak malaysia..jadi..sama2 r kite renungkan..sedar r sebelum terlambat...bak kata pepatah melayu lama...........menyesal dahulu pendapatan..menyesal kemudian tidak berguna...

sekian, terima kasih..........

p/s:beri r komen anda pada saya untuk saya lakukan penambahbaikkan



ditulis pada jam 4.10 petang pada 4 Mac 2009

Rabu, 18 Februari 2009

inilah hukum yang telah ditetapkan.....

Bisakan lelaki biasa,
Nabi S.A.W pun terasa sunyi tanpa kehadiran wanita.....Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.Masih mencari-cari walaupun ada segalanya...tapi seorang lelaki tidak boleh dilalaikan oleh seorang yang bernama wanita.
Semuanya lengkap di dalam syurga, Namun Adam tetap rindukan Hawa...diciptakan seorang wanita daripada tulang rusuk yang bengkok itu, untuk diluruskan oleh lelaki..Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus.... Mana bisa kayu yang bengkok itu menjadi lurus, Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjukkan oleh Allah SWT, Kerana mereka telah diciptakan sebegitu rupa oleh Allah S.W.T....Didiklah mereka dengan panduan Nya...
Janganlah menjinakkan mereka dengan harta, Kerana nantinya mereka akan lupa asal usurnya... Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan...Kerana nantinya mereka derita, seorang wanita tetap cantik dengan solatnya.Kenalkanlah mereka kepada Allah S.W.T, Zat yang kekal, Di situlah punca kekuatan dunia.
Akalnya senipis rambutnya...Tebalkan ia dengan ilmu dunia dan akhirat...Hatinya serapuh kaca, Kuatkanlah ia dengan iman...Perasaannya selembut sutera bayu, Hiasilah ia dengan akhlak yang terpuji...Suburkanlah ia kerana disinilah nantinya..mereka akan lihat nilaian dan keadilan Tuhan, ungkapkanlah ke telinga mereka bahawa Kelembutan bukan satu kelemahan, Ia bukan diskriminasi Tuhan..Sebaliknya disitulah kasih dan sayang Tuhan, dekatilah diri kepada Allah S.W.T, Nescaya akan dekati segala-galanya di bawah pimpinanmu lelaki, Jangan mengharapkan isterimu semulia Fatimah Az Zahra, Andaikan dirimu tidak sehebat Saidina Ali Karamallahuwajhah Terimalah wanita dengan seadanya kerana setiap ciptaan Allah S.W.T tidak ada yang sia-sia semuanya penuh makna.
nukilan oleh,
arezieziekun

hari inie dalam sejarah & kembalilah dikau

assalamualaikum.....

salam perkenalan dulu yerk......


tanggal 1 april 1987, telah lahirnye seorang insan yang tidak dijangka mempunyai bakat semulajadi dalam bidang 'kelentong' & 'tidak mengenal erti kekalahan'. insan ini dilahirkan dengan cukup sifatnye, baik sikapnye & elok jua tingkah lakunye.


semasa di alam sekolah rendah...sekitar tahun 1994 - 1999(tahun masihi kureng ingat ni), beliau tidaklah begitu menonjol dek kerna sikap pemalu & sopan santunnye di sekolah. bermula di tahun 1, beliau telah mendapat pendidikan yang cukup baik dengan selalu mendapat tempat yang baik di sekolah(xperlu ye bgtau pe yang terbaik tu)......


namun demikian, beliau msh lg tidak dikenali ramai & sentiasa hidup seperti pelajar2 lain..rileks & xambik peduli hal2 yg penting. beliau just fokus pada ape yg membolehkan beliau menjadi yg terbaik di kalangan yg terbaik..tu motif hidupnye...


disangkakan panas hingga ke petang ...rupanya hujan di tengahari...telah ditakdirkan oleh ilahi, beliau mendapat keputusan cemerlang & dinaikkan ke kls yg pertama..


di kelas itu, beliau sedikit demi sedikit berjaya menonjolkan diri nya..terutamanya dalam bidang sukan(akademik dia xse doh ni)...sebelum meninggalkan bangku sekolah rendah, beliau telah mewasiatkan pelbagai kejayaan kepada sekolah dlm 2 bidang... sukan mahupun akademik...


kite beralih ke zaman remaja dia lak...mula2 ditawarkan ke sekolah berasrama penuh..tetapi menolaknya kerna x brape minat sekolah jenis ugama... 'tok amerika' kata jahar citer anok kelate.hehehe....... kat sekolah menengah, beliau telah berjaya menonjolkan kemampuan sebenar beliau dalam bidang sukan....(akademik memang dah jahanam nie).hehehe


mula2 masuk sekolah menengah lagi, beliau dah berjaya menggegarkan sekolah dengan memenangi 1 pingat emas(4oo meter), 1 pingat perak(8 km) dan 1 gangsa (800 meter)...rentetan kejayaan itu, beliau terpilih ke peringkat daerah.namun pengalaman di peringkay daerah terlalu cetek,..beliau telah kalah..


selepas itu, beliau kembali menggegarkan sekolah dengan mencipta kejayaan dengan memenangi emas dalam acara 1500 meter dan 4x400 meter (2001), 4x400 meter (2002), 100 meter dan 4x100 meter (2004).....kehebatan ini telah berjaya menaikkan nama beliau dan dikenali sebagai budak sukan..

selain itu, beliau turut menjadi atlit dalam sukan bola baling (pingat gangsa, 2004), bola tampar (suku akhir).....paling hebatnya.. dalam bidang bola sepak..


nk tau x sume....mula beraksi semasa tingkatan 3 as defense midfielder...selang setahun (2003)...bertukar kepada posisi goalkeeper..masa ni xhebat sgt...

pada tahun 2004...(inilah tahun kemuncak beliau), masih sebagai goalkeeper. dengan bantuan semangat & kepakaran beliau...sekolah beliau telah berjaya menjadi sekolah yang hebat & digeruni lawan...semasa separuh akhir....beliau menyelamatkan 3 sepakan penalti (satunya semasa masa tambahan).....gaya seperti jerzy dudek membantu liverpool memenangi juara eropah 2005...telah membawa kepada kemuncak prestasi walaupun gagal mempertahankan gelaran yang dimenangi tahun sebelumnya...


ekoran prestasi itu...beliau dinobatkan sebagai penjaga gol terbaik daerah tumpat bagi tahun 2004 dan dipilih sebagai penjaga gol daerah pasir mas/tumpat ke peringkat negeri..

tetapi kalah di perlawanan separuh akhir......




selepas je tamat mengikuti kerahan tenaga selama 3 bulan di perak, beliau telah memasuki sekolah baru utk mendapatkan cita2nya menjadi pelajar universiti....di situ, nama nya terus bersinar apabila menjadi salah seorang pelajar kesukaan cikgu...(ada gak cikgu yg xsuka sbb..bercinta di sekolah..hahhhhaha)....menjadi org ke-2 penting pelajar2 upper 6...menjadi harapan sekolah asalnya tp tersasar jua sbb slalu membantah program aktiviti guru2 rancang.(degil dia ni)....

semasa di situ..sempat juga beliau beraksi dengan menjadi goalkeeper sekolah....dengan kepakarannya yg dh xde sgt...beliau melakukan kesilapan yg membolehkan sekolahnya kalah 0-3 di tgn sekolah yg pernah beliau julang sebelum in (bukan ttrime rasuah ye)...nk tau x sume....dia juga menjawat jawatan penolong jurulatih bola sepak sekolah selain menjadi pengadil di sekolah tu..

futsal?.....dia aktif jugak....tp syg....dlm 3 kejohanan sekolah anjurkan.....kesemuanya naib johan...kalah pulak pd lwn yg jauh xde pengalaman..dengan team cikgu sekolah leh kalah pd perlawanan akhir....namun....aksi dudek (tahun 2004)...beliau ulangi dengan menyelamatkan 2 sepakan penalti utk membawa teamnya ke akhir....

tp..satu ketika sekolah anjuran kejohanan yg lebih besar...beliau bersama rakan2nya telah menarik diri dari kem latihan.....ni sume ade sbb...tau x knp sume...
sebab tidak berpuas hati dengan jurulatih futsal sekolah & pemilihan pemain yg terlalu rigid...so...xberaksi r beliau....



walau bagaimanapun, beliau meneruskan kerjaya sebagai atlit semasa melanjutkan pelajaran di salah sebuah ipt di malaysia...di sana, beliau berjaya membawa pasukan nya ke peringkat separuh akhir....


sekarang, beliau kat mana pun xtau..dh lama menghilang...bakatnye yang hebat hilang begitu saje..

sama2 lah kiter berdoa moga beliau kembali ke tempat asal nye kerna sume org mahu dia jadi yang terbaik dikalangan terbaik...hehhehehhe




best x baca..ni kisah betul

xde yang ditokok tambah

nk percaya atau x

terpulang.....



ada mata...tengok...

ada mulut...cakap...

ada telinga...dengar..

ada otak...lu pikiak r sendiri..

hheehehhe



dikarang pada 18 februari 2009, jam 5.15 petang.....


oleh,

areziezie kun



p/s:nantikan kisah terbaru dari semasa ke semasa & berilah komen tentang kisah2 yang telah diterbitkan ini......sekian, tq