Rabu, 18 Februari 2009

inilah hukum yang telah ditetapkan.....

Bisakan lelaki biasa,
Nabi S.A.W pun terasa sunyi tanpa kehadiran wanita.....Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.Masih mencari-cari walaupun ada segalanya...tapi seorang lelaki tidak boleh dilalaikan oleh seorang yang bernama wanita.
Semuanya lengkap di dalam syurga, Namun Adam tetap rindukan Hawa...diciptakan seorang wanita daripada tulang rusuk yang bengkok itu, untuk diluruskan oleh lelaki..Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus.... Mana bisa kayu yang bengkok itu menjadi lurus, Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjukkan oleh Allah SWT, Kerana mereka telah diciptakan sebegitu rupa oleh Allah S.W.T....Didiklah mereka dengan panduan Nya...
Janganlah menjinakkan mereka dengan harta, Kerana nantinya mereka akan lupa asal usurnya... Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan...Kerana nantinya mereka derita, seorang wanita tetap cantik dengan solatnya.Kenalkanlah mereka kepada Allah S.W.T, Zat yang kekal, Di situlah punca kekuatan dunia.
Akalnya senipis rambutnya...Tebalkan ia dengan ilmu dunia dan akhirat...Hatinya serapuh kaca, Kuatkanlah ia dengan iman...Perasaannya selembut sutera bayu, Hiasilah ia dengan akhlak yang terpuji...Suburkanlah ia kerana disinilah nantinya..mereka akan lihat nilaian dan keadilan Tuhan, ungkapkanlah ke telinga mereka bahawa Kelembutan bukan satu kelemahan, Ia bukan diskriminasi Tuhan..Sebaliknya disitulah kasih dan sayang Tuhan, dekatilah diri kepada Allah S.W.T, Nescaya akan dekati segala-galanya di bawah pimpinanmu lelaki, Jangan mengharapkan isterimu semulia Fatimah Az Zahra, Andaikan dirimu tidak sehebat Saidina Ali Karamallahuwajhah Terimalah wanita dengan seadanya kerana setiap ciptaan Allah S.W.T tidak ada yang sia-sia semuanya penuh makna.
nukilan oleh,
arezieziekun

hari inie dalam sejarah & kembalilah dikau

assalamualaikum.....

salam perkenalan dulu yerk......


tanggal 1 april 1987, telah lahirnye seorang insan yang tidak dijangka mempunyai bakat semulajadi dalam bidang 'kelentong' & 'tidak mengenal erti kekalahan'. insan ini dilahirkan dengan cukup sifatnye, baik sikapnye & elok jua tingkah lakunye.


semasa di alam sekolah rendah...sekitar tahun 1994 - 1999(tahun masihi kureng ingat ni), beliau tidaklah begitu menonjol dek kerna sikap pemalu & sopan santunnye di sekolah. bermula di tahun 1, beliau telah mendapat pendidikan yang cukup baik dengan selalu mendapat tempat yang baik di sekolah(xperlu ye bgtau pe yang terbaik tu)......


namun demikian, beliau msh lg tidak dikenali ramai & sentiasa hidup seperti pelajar2 lain..rileks & xambik peduli hal2 yg penting. beliau just fokus pada ape yg membolehkan beliau menjadi yg terbaik di kalangan yg terbaik..tu motif hidupnye...


disangkakan panas hingga ke petang ...rupanya hujan di tengahari...telah ditakdirkan oleh ilahi, beliau mendapat keputusan cemerlang & dinaikkan ke kls yg pertama..


di kelas itu, beliau sedikit demi sedikit berjaya menonjolkan diri nya..terutamanya dalam bidang sukan(akademik dia xse doh ni)...sebelum meninggalkan bangku sekolah rendah, beliau telah mewasiatkan pelbagai kejayaan kepada sekolah dlm 2 bidang... sukan mahupun akademik...


kite beralih ke zaman remaja dia lak...mula2 ditawarkan ke sekolah berasrama penuh..tetapi menolaknya kerna x brape minat sekolah jenis ugama... 'tok amerika' kata jahar citer anok kelate.hehehe....... kat sekolah menengah, beliau telah berjaya menonjolkan kemampuan sebenar beliau dalam bidang sukan....(akademik memang dah jahanam nie).hehehe


mula2 masuk sekolah menengah lagi, beliau dah berjaya menggegarkan sekolah dengan memenangi 1 pingat emas(4oo meter), 1 pingat perak(8 km) dan 1 gangsa (800 meter)...rentetan kejayaan itu, beliau terpilih ke peringkat daerah.namun pengalaman di peringkay daerah terlalu cetek,..beliau telah kalah..


selepas itu, beliau kembali menggegarkan sekolah dengan mencipta kejayaan dengan memenangi emas dalam acara 1500 meter dan 4x400 meter (2001), 4x400 meter (2002), 100 meter dan 4x100 meter (2004).....kehebatan ini telah berjaya menaikkan nama beliau dan dikenali sebagai budak sukan..

selain itu, beliau turut menjadi atlit dalam sukan bola baling (pingat gangsa, 2004), bola tampar (suku akhir).....paling hebatnya.. dalam bidang bola sepak..


nk tau x sume....mula beraksi semasa tingkatan 3 as defense midfielder...selang setahun (2003)...bertukar kepada posisi goalkeeper..masa ni xhebat sgt...

pada tahun 2004...(inilah tahun kemuncak beliau), masih sebagai goalkeeper. dengan bantuan semangat & kepakaran beliau...sekolah beliau telah berjaya menjadi sekolah yang hebat & digeruni lawan...semasa separuh akhir....beliau menyelamatkan 3 sepakan penalti (satunya semasa masa tambahan).....gaya seperti jerzy dudek membantu liverpool memenangi juara eropah 2005...telah membawa kepada kemuncak prestasi walaupun gagal mempertahankan gelaran yang dimenangi tahun sebelumnya...


ekoran prestasi itu...beliau dinobatkan sebagai penjaga gol terbaik daerah tumpat bagi tahun 2004 dan dipilih sebagai penjaga gol daerah pasir mas/tumpat ke peringkat negeri..

tetapi kalah di perlawanan separuh akhir......




selepas je tamat mengikuti kerahan tenaga selama 3 bulan di perak, beliau telah memasuki sekolah baru utk mendapatkan cita2nya menjadi pelajar universiti....di situ, nama nya terus bersinar apabila menjadi salah seorang pelajar kesukaan cikgu...(ada gak cikgu yg xsuka sbb..bercinta di sekolah..hahhhhaha)....menjadi org ke-2 penting pelajar2 upper 6...menjadi harapan sekolah asalnya tp tersasar jua sbb slalu membantah program aktiviti guru2 rancang.(degil dia ni)....

semasa di situ..sempat juga beliau beraksi dengan menjadi goalkeeper sekolah....dengan kepakarannya yg dh xde sgt...beliau melakukan kesilapan yg membolehkan sekolahnya kalah 0-3 di tgn sekolah yg pernah beliau julang sebelum in (bukan ttrime rasuah ye)...nk tau x sume....dia juga menjawat jawatan penolong jurulatih bola sepak sekolah selain menjadi pengadil di sekolah tu..

futsal?.....dia aktif jugak....tp syg....dlm 3 kejohanan sekolah anjurkan.....kesemuanya naib johan...kalah pulak pd lwn yg jauh xde pengalaman..dengan team cikgu sekolah leh kalah pd perlawanan akhir....namun....aksi dudek (tahun 2004)...beliau ulangi dengan menyelamatkan 2 sepakan penalti utk membawa teamnya ke akhir....

tp..satu ketika sekolah anjuran kejohanan yg lebih besar...beliau bersama rakan2nya telah menarik diri dari kem latihan.....ni sume ade sbb...tau x knp sume...
sebab tidak berpuas hati dengan jurulatih futsal sekolah & pemilihan pemain yg terlalu rigid...so...xberaksi r beliau....



walau bagaimanapun, beliau meneruskan kerjaya sebagai atlit semasa melanjutkan pelajaran di salah sebuah ipt di malaysia...di sana, beliau berjaya membawa pasukan nya ke peringkat separuh akhir....


sekarang, beliau kat mana pun xtau..dh lama menghilang...bakatnye yang hebat hilang begitu saje..

sama2 lah kiter berdoa moga beliau kembali ke tempat asal nye kerna sume org mahu dia jadi yang terbaik dikalangan terbaik...hehhehehhe




best x baca..ni kisah betul

xde yang ditokok tambah

nk percaya atau x

terpulang.....



ada mata...tengok...

ada mulut...cakap...

ada telinga...dengar..

ada otak...lu pikiak r sendiri..

hheehehhe



dikarang pada 18 februari 2009, jam 5.15 petang.....


oleh,

areziezie kun



p/s:nantikan kisah terbaru dari semasa ke semasa & berilah komen tentang kisah2 yang telah diterbitkan ini......sekian, tq