Rabu, 18 Februari 2009

inilah hukum yang telah ditetapkan.....

Bisakan lelaki biasa,
Nabi S.A.W pun terasa sunyi tanpa kehadiran wanita.....Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.Masih mencari-cari walaupun ada segalanya...tapi seorang lelaki tidak boleh dilalaikan oleh seorang yang bernama wanita.
Semuanya lengkap di dalam syurga, Namun Adam tetap rindukan Hawa...diciptakan seorang wanita daripada tulang rusuk yang bengkok itu, untuk diluruskan oleh lelaki..Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus.... Mana bisa kayu yang bengkok itu menjadi lurus, Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjukkan oleh Allah SWT, Kerana mereka telah diciptakan sebegitu rupa oleh Allah S.W.T....Didiklah mereka dengan panduan Nya...
Janganlah menjinakkan mereka dengan harta, Kerana nantinya mereka akan lupa asal usurnya... Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan...Kerana nantinya mereka derita, seorang wanita tetap cantik dengan solatnya.Kenalkanlah mereka kepada Allah S.W.T, Zat yang kekal, Di situlah punca kekuatan dunia.
Akalnya senipis rambutnya...Tebalkan ia dengan ilmu dunia dan akhirat...Hatinya serapuh kaca, Kuatkanlah ia dengan iman...Perasaannya selembut sutera bayu, Hiasilah ia dengan akhlak yang terpuji...Suburkanlah ia kerana disinilah nantinya..mereka akan lihat nilaian dan keadilan Tuhan, ungkapkanlah ke telinga mereka bahawa Kelembutan bukan satu kelemahan, Ia bukan diskriminasi Tuhan..Sebaliknya disitulah kasih dan sayang Tuhan, dekatilah diri kepada Allah S.W.T, Nescaya akan dekati segala-galanya di bawah pimpinanmu lelaki, Jangan mengharapkan isterimu semulia Fatimah Az Zahra, Andaikan dirimu tidak sehebat Saidina Ali Karamallahuwajhah Terimalah wanita dengan seadanya kerana setiap ciptaan Allah S.W.T tidak ada yang sia-sia semuanya penuh makna.
nukilan oleh,
arezieziekun

Tiada ulasan:

Catat Ulasan